Ada beberapa hadih Rasulullah s.a.w. yang menjelaskan keutamaan mengingat-ingat perihal kematian itu, di antaranya ialah:
- Perintah memperbanyak mengingat kematian:
"Perbanyakkanlah mengingat-ingat sesuatu yang melenyapkan segala kelazatan (kematian)".
Diriwayatkan oleh Tirmizi.
- Mengingat kematian dapat melebur dosa dan berzuhud:
"Perbanyakkanlah mengingat kematian, sebab yang sedemikian itu akan menghapuskan dosa dan menyebabkan timbulnya kezuhudan di dunia".
Diriwayatkan oleh Ibnu Abiddunya.
- Kematian sebagai enasihat pada diri sendiri:
"Cukuplah kematian itu sebagai penasihat".
Diriwayatkan oleh Thabani dan Baihaqi.
- Orang yang cerdik ialah orang yang terbanyak mengingat kepada kematian:
"Secerdik-cerdik manusia yang terbanyak ingatannya kepada kematian serta yang terbanyak persiapannya untuk menghadapi kematian itu. Mereka itulah orang-orang yang benar-benar cerdik dan mereka akan pergi ke alam baka dengan membawa kemuliaan dunia serta kemuliaan akhirat".
Diriwayatkan oleh Ibnu Majah dan Ibnu Abiddunya.
Abdullah bin Muhrif berkata:
"Kematian itu dapat melenyapkan kenikmatan yang dirasakan oleh orang-orang ang diliputi oleh kenikmatan itu. Oleh sebab itu carilah kenikmatan yang tidak ada kematiannya yakni yang tidak ada habisnya.
Ketahuilah bahawa seseorang yang sentiasa berkecimpung dalam kemewahan keduniaan, yang tenggelam kerana tertipu oleh keindahan serta yang amat mencintai kesyahwatan serta kesenangannya, pastilah terlupa hatinya dari mengingat-ingat kematian itu. Bahkan ia tidak ingat sama sekali bahawa pada suatu ketika ia juga akan mati. Jikalau dingatkan oleh orang lain pun, ia malahan membencinya dan lari dari nasihat yang baik tersebut. Golongan manusia yang macam inilah yang disebutkan oleh Allah Taala dalam firmanNya:
"Katakanlah bahawa sesungguhnya kematian yang kamu semua melarikan diri daripadanya itu, pasti akan menemui kamu, kemudian kamu semua akan dikembalikan ke-Dzat yang Maha Mengetahui segala yang ghaib serta nyata. Selanjutnya Dia akan memberitahu padamu semua apa-apa yang kamu lakukan".
S. Jumu'ah 8.
Selanjutnya seseorang yang mengingat kematian itu ada tiga macam keadaannya iaitu:
Adapun orang yang pertama yakni sudah terperosok ke lembah keduniaan, lazimnya jarang sekali dia mengingat-ingat kematian itu. Kalaupun dia mengingatinya pada suatu saat, maka tampak ialah bagaimana jika dia sudah meninggal dunia, tentu harta bendanya tidak akan dibawanya serta. Jadi dia bersedih hati betul untuk menemui kematian itu. Dia menyedihkan hartanya yang banyak, sebab bagaimanapun juga pasti akan ditinggalkan. Orang macam ini terus juga mencela kematian dan seolah-olah enggan untuk menghadapinya. Oleh sebab itu jikalau dia ingat kepada kematian, tidaklah akan mendekatkan diri pada Allah Taala melainkan makin jauh jua.
- Orang yang terperosok dalam keduniaan.
- Orang yang bertaubat.
- Orang yang menyedari terus-menerus.
Orang yang kedua ialah orang yang bertaubat. Dia memperbanyak ingatan akan kematian itu dengan tujuan agar dapat menimbulkan ketakutan dan ketaqwaan dalam kalbunya. Dengan begitu dapat pula menyempurnakan ketaubatan yang dilakukan.
Mengenai orang ketiga yakni orang yang sedar dan mengetahui duduknya persoalan kematian itu, dia sentiasa ingat kematian dan dengan tabah akan mengadapi kedatangannya. Sebabnya ialah kerana dia sedar pula bahawa saat kematian itu adalah merupakan saat yang amat bahagia baginya. Dia dapat bertemu dengan kekasihnya. Ingatlah bahawa seseorang yang mencintai sesuatu pasti tidak akan terlalai sedikit pun masa pertemuannya dengan siapa yang dikasihnya itu. Kekasih satu-satunya agi orang yang sedemikian adalah Allah Subahanahu wa Taala.
Question: Which person are YOU?
this post seems a bit tough to process. sigh
ReplyDelete