Blogger Templates

Friday 23 December 2011

15 DISEMBER 2009 - FIREDRILL VS HISTERIA..KMK..*SATU LAGI KENANGAN

Cerita ini saya re-post sebenarnya. Post asal daripada Cik Nuriffah Atikah Zainal. Saja nak share kat blog aku. haha. So here it goes...



Jam menunjukkan pukul 11 malam, lebih sikit.

Pintu bilik kami yang berada betul-betul di atas rumah MR.K dibuka oleh roomate ku yang baru pulang mengulangkaji dari library. Mengulangkaji la agaknya. Satu sikap ahli bilikku yang sungguh ku gemari adalah, setiap kali masuk bilik, pasti ada makanan yang dibawa pulang. Rezeki kami malam itu adalah bakso terkenal yang menjadi pilihan warga-warga KOLEJ MATRIKULASI KEDAH yang dibeli di Mini Santai. Tanpa menunggu untuk dipelawa, kami terus makan bersama-sama. 

Ya percaya kata-kataku. Satu bakso, kami berempat. Cukup?. Memanglah tidak tetapi, ukhuwah itu kan ada.

*ok.kita smbg balek..


Sedang kami bergurau dan makan bersama-sama, tidak semena-mena, satu bunyi nyaring kedengaran. 

LOCENG KECEMASAN.



Kami berpandangan sesama sendiri, dengan niat, pada mulanya malas ingin mengambil tahu. Mungkin ada litar yang terbakar di mana-mana dan itu cuma kesalahan teknikal.
Selepas beberapa saat, kami mula mendengar suasana riuh rendah di luar bilik, dan aku cuba melihat keluar.
Kelihatannya ini bukan kesalahan teknikal tetapi,
SATU LATIHAN KEBAKARAN. a.k.a FIREDRILL.

Dengan berat hati untuk meninggalkan bakso yang masih panas, kami turun ke dataran blok seperti yang diharapkan. 
Jika dikira masa yang diambil untuk turun oleh penduduk Blok C pada waktu itu, alamatnya memang hagus la kalau itu kebakaran sebenar. Mujur tidak.

*Nama pun latihan, berani la ampa men2 kan..=)




Usai ketua blok dan Felo mengambil kehadiran, kami diarahkan berarak pada malam-malam buta itu ke dataran depan library. Waktu ketika itu mungkin hampir pukul 12 tengah malam.
Sudahlah disuruh berarak, disuruh duduk pula didataran tu. Nasiblah jadi budak matrik.

Dataran di hadapan library.


Acara bakal dimulakan, seorang wakil dari Jabatan Bomba yang siap sedia menanti dari tadi mula tampil kehadapan untuk memberi kata-kata alu-aluan.


Dan di sini, kisah itu bermula....

Tuan Bomba itu mula memberi taklimat tentang itu dan ini.

Apa itu kebakaran?
Apa yang perlu dilakukan ketika kebakaran?
Bagaimana cara mengendalikan benda alah pemadam api tu?


*sedangkan bila kebakaran berlaku, aku pasti, semua orang cuma tahu cabut lari..kan?
ok.sambung lagi..




Perhatian ku juga tidak tertumpu pada Tuan Bomba malah, aku asyik berbual dengan roomate ku yang duduk di belakang. Keadaan itu menyebabakan aku berpaling membelakangkan pakcik bomba itu. Tiba-tiba, semua orang bersorak,
" wooo.." 

Aku berpaling kehadapan, dan sebelum sempat bertanya apa-apa, pakcik bomba itu terlebih dahulu berkata,
" kenapa? kenapa? "

Soalan itu dijawab oleh seorang kenalan dihadapan ku yang berkata,
" ada tahi bintang tadi. area tu " sambil menunjuk ke arah belakang library. Ada timbul cemburu dalam hati ku kerana tidak nampak adegan tadi.

*jeles2..




Maka, aku meneruskan perbualan ku yang tergantung tadi dan pakcik bomba itu pun meneruskan taklimatnya yang tidak kunjung noktah jua. Tiba-tiba, sekali lagi,
" wooooooo.. "

Aku mencari lagi sumber bunyi itu, ternyata, ada satu lagi shooting star yang jatuh, kali ini, aku tidak pasti arahnya. Aku terlepas lagi. Dalam hati ku terdetik, 
' xkan sampai 2 kali dalam satu malam.. ' tetapi, itu cuma dalam hati. 


Keadaan berjalan seperti biasa, sampailah ada lagi beberapa sorakan kecil dibahagian belakang yang mengajuk bunyi-bunyi teruja ketika nampak shooting star tadi.
Merujuk kepada jejaka-jejaka nakal yang sengaja mengusik penghuni KMK.
Bosan dengan taklimat itu agaknya.

Ada juga bunyi-bunyi di belakang bahagian perempuan. Oleh kerana aku duduk agak hadapan, aku tidak dapat mengenal pasti siapakah yang durjana sungguh membuat bunyi-bunyi yang tidak menyenangkan di kala dihinari tu.
Jam mungkin lebih pukul 12 waktu itu.
Perlu aku kongsikan, ada seorang budak yang agak aneh duduk disebelah ku waktu itu. 

*betul, xtipu..

Gambar hiasan dari google je :P


Akhirnya, selesai sudah acara taklimat. Pada kiraan ku, sudah selesai la tetapi, tidak kerana taklimat itu tergendala sebenarnya. Ada sedikit kekecohan dibahagian belakang kumpulan pelajar perempuan.

Perhatian ku dan rakan-rakan yang lain semua tertumpu ke belakang tetapi tidak nampak apa-apa kerana gelap dan semua felo serta pegawai-pegawai bomba menutup pandangan kami.

Penasaran ku terjawab apabila, pegawai tadi kehadapan semula.
Mencapai mikrofon.
Dan berkata,
" ada siapa-siapa yang boleh azan kat sini? kami perlukan beberapa orang untuk azan. " begitulah lebih kurang dialog keramat yang aku tidak pernah lupa sampai sekarang.


Pengalaman 4 tahunku menjadi ahli Kadet Bomba di sekolah, tidak pernah sekalipun aktiviti Fire Drill memerlukan azan.
Aktiviti yang memerlukan azan dikala dinihari dan waktu riuh rendah seperti itu cuma satu,

Histeria.

Aku juga punya pengalaman dalam Histeria berjemaah ini. Hampir tiga kali aku terlibat secara langsung. Yang paling teruk, adalah yang pertama sekali, beratus orang pelajar perempuan kena. Yang menariknya, semua yang terbabit cuma pelajar beruniform putih. Aku, yang tergolong dalam golongan berbaju biru, tidak kena dan terpaksa menjadi hero bagi menyelamatkan raka-rakan ku yang lain. Ehem.

Kedua dan ketiga ketika aku mengikuti Perkhemahan Kadet Bomba. Tidak ramai yang kena waktu itu. Adalah dalam 20 orang.

*berbalik pada kmk..



Makanya, aku faham apa yang sedang berlaku. 
This is not Fire Drill. This is Histeria.
For me, histeria, again.
For the third time.


Pelajar mula panik, terutama yang perempuan. Lelaki, kebanyakannya berlagak cool, dalam hati siapa tidak tahu. Cuma ada segelintir yang mungkin tidak tahu membezakan situasi serius dan boleh buat lawak, mereka masih lagi bermain-main dan mengajuk bunyi-bunyi jeritan mereka yang mula disampuk hantu dalam erti kata mudahnya.

Felo mengarahkan, pelajar lelaki balik ke bilik dan perempuan berkumpul di masjid yang tercinta.
Satu pandangan peribadi ku, bila histeria berlaku, jangan kumpulkan semua orang dalam tempat yang sama kecuali bagi mereka yang memang dah terkena.

Histeria semacam boleh berjangkit.
Mereka yang pada mulanya sihat wala'fiat boleh lemah semangat jika melihat orang lain yang kena. 

Sebelum arahan tadi dikeluarkan, budak yang duduk disebelah ku itu mula bereaksi pelik. Dia berbisik kepada kawannya yang mana aku dapat menangkap,
" dia..marah..dia marah.. " tidak tahu siapa yang 'dia' maksudkan, aku menyuruh kawannya itu membawa budak itu ke masjid.

*kang dibiarkan, xpasal2 pulak kang..




Semua pelajar perempuan berpusu-pusu ke masjid. Masing-masing cuba menyelamatkan diri dan roomate masing-masing. Seperti juga rooamte ku, rasanya ingin putus tangan ku ditarik oleh mereka kerana melawan arus ombak pelajar-pelajar lain. Kebas ku rasa waktu itu.


Saat itu jugalah, aku melihat. 
Apa yang aku tidak pernah lihat.
Ya, aku melihat dengan mata kepala ku.
Yang sampai sekarang aku tidak pernah lupa imej itu.
Apa yang mereka kata shooting star itu,
bukan sebenarnya.


Sebelum bergerak ke masjid, mata ku dengan jelas menangkap satu imej jelas.
Seperti bebola cahaya,
terang, warna putih biru,
merentas dataran, 
terbang laju tetapi, agak rendah,
kira-kira searas dengan Blok A.

Apa yang dalam fikiran ku pada waktu itu, cuma satu.

ITU BUKAN TAHI BINTANG.


Aku yakin, ramai antara kita yang dapat melihat imej itu kan. Aku tidak pasti jika kita lihat benda yang sama.
Daripada sisi aku, itulah apa yang aku nampak.

Aku pernah lihat shooting star waktu aku form3 dulu. Rupanya saling tidak tumpah macam yang kita lihat dalam tv.
Turun seperti hujan dari langit, berwarna kuning emas dan yang pasti, tidak turun banyak kali dalam satu malam.

Aku seperti pause seketika dan kembali tersedar bila roomate ku menyedarkan dan mnarik aku ke masjid.
Di masjid, macam-macam adegan yang pernah dan tidak pernah ku lihat. Semuanya niat untuk menenangkan keadaan.
Diiringi bacaan Yaasin bagi mereka yang masih stabil, ada beberapa orang yang mula sihat dan ada juga yang makin teruk keadaannya.

Jam menunjukkan pukul 2 apabila kami, semua dibenarkan masuk ke bilik. Aku terpisah dengan roomate ku dek kerana cubaan ku yang tidak seberapa untuk menyelamatkan seorang rakanku yang rebah didepan mata.

*xkan nak buat dono, bila depa kena depan mata kita kan?..=)



Selesai membantu, atau sebenarnya aku menyerahkan kepada yang lebih pakar, aku bergerak pulang ke bilik.
Baru aku sedar, berbelas miss call dari roomate ku. Jam saat itu, menghampiri pukul 3 pagi.

*Maaf buat korang risau, aku berlagak hero tadi..hehe



Malam itu, kami, dan aku yakin ramai lagi yang mengangkat tilam dan tidur beramai-ramai dilantai bilik bertemankan alunan ayat Quran dari corong speaker blok masing-masing.
Bersama-sama.
Berkongsi tilam.
Berkongsi bantal dan selimut.
Dan, 
Berkongsi ketakutan.=)



Selepas kejadian itu, hangatlah selama seminggu topik perbualan hanya tentang perkara itu.

Histeria.


Maka, dalam jangkamasa itu juga macam-macam orang, pawang, dukun, ustaz atau siapa-siapa yang berkaitan, datang ke matrik kita.
Macam-macam juga cerita dongeng yang dikaitkan.
Macam-macam fatwa timbul oleh mereka yang kononnya ada ilmu dalam bidang ini.


Paling tidak tahan, hujung minggu itu, hampir 80% pelajar balik ke rumah masing-masing.
Tidak kira la Kelantan ke, Terengganu ke, Selangor ke, Perak ke, Johor ke. Hatta, sabah dan Sarawak pun ada yang balik rumah. Sunyi sungguh KMK waktu itu.


*aku tidak balik ok..siap boleh keluar outing lagi.
Sampai pakcik kereta sapu tu kata,
" nak, cuti apa minggu ni? "

Aku cuma tersenyum dan kata,
" cuti peristiwa pakcik .. "



Banyak lagi kisah menarik tentang Hari Bersejarah itu. Tidak mampu ku kongsikan semuanya. Cuma mungkin semakin kita meningkat dewasa, semakin kita jauh daripada benda yang mungkin ada orang anggap mengarut ini.
Pendapat ku, terpulang pada diri sendiri, bagi aku yang beberapa kali ada pengalaman ini, aku percaya.
Cuma jangan obses, kita percaya, sebab kita tahu ada makhluk lain selain manusia di muka bumiNYA ini.

Sama-sama jaga kebajikan antara satu sama lain.
Antara berlakunya kejadian ini adalah kerana kita mengganggu mereka sebenarnya sama ada sedar atau tidak.

Kita tidak suka diganggu bukan?
Sama juga mereka.

Paling mudah, kita jangan ganggu mereka.
dan sudah pasti, mereka tidak ganggu kita..

*if diganggu juga, itu rezeki namanya..(^_^)..


Bagi mereka yang masih lagi ada perasaan tidak sedap tentang hal ini, atau masih lagi gerun dengan cerita-cerita seperti ini, nasihat ku,
kembali pada Yang Menciptakan kita dan mereka.

Allah Maha Pencipta.
Allah Maha Merancang.
Dan,
Allah Maha Mengetahui.


Segala sesuatu ada hikmahnya,
Amalan mudah yang boleh dilakukan untuk lindung diri adalah:
-al-Mathurat
-Manzil
-ayat-ayat Quran (cth, Ayat Kursi sudah semestinya. Ayat 21 sampai habis surah al-Hasyr, ayat ni memang power)
-al-Fatihah, penawar segalanya
-Bismillah, pun sudah mampu menghadapi apa sahaja.


p/s: sekadar perkongsian dari aku. syukran sudi baca sampai habis.
anyway, malam itu memang akan menjadi kenangan sampai bila-bila..


dari ati, nuriffah atikah zainal..


(^_^)V..peace with iman!


To see original post by Nur Iffah Zainal, click here.


Zombie Insaf: Nak Pakai Tudung Labuh Ke Taknak?

Ini sangat best. Check it out!

Zombie Insaf: Nak Pakai Tudung Labuh Ke Taknak?: Bila terpandang tudung jenis LABUH DI SEBUAH KEDAI : Sisi Jahat : Lawa kalau aku pakai tudung ni..senang aku nak tackle Ustaz-ustaz Mes...

Berjalan di pasar malam boleh mendatangkan DOSA

Assalamualaikum dan salam sejahtera...


Hari ini merupakan hari jumaat. Jadi apa yang istimewa di setiap hari jumaat? Solat jumaat laaa~


Tahniah kepada yang pergi solat jumaat tu. Anda semua memang jejaka handsome(self inclusive.LOL). Kepada yang tak pergi? It's never too late for change. Unless you die in the next 6 days. So? Bertaubatlah.


Namun itu bukan cerita yang nak disampaikan. Yang sebenarnya hari ni ada pasaq malam! So, saya dan rakan saya pun pergi lah memborong setiap jenis makanan yang ada.hehehe


Masa jalan kat pasar malam tu, saya dan Jhol(bukan nama sebenar) pun usha la gadis-gadis yang turut memborong kat pasar tu.
Pergh...
Sensasi jugak awek2 kampung kat sini.


Then, saya terdetik untuk mengira berapa ramai perempuan kat pasar ni yang betul-betul menutup auratnya dengan sempurna.


Dalam setengah jam jugaklah kami lepak kat pasar tu. Cuba teka berapa ramai?


20 orang?
30 orang?


Seorang perempuan sahaja yang kami nampak auratnya tidak terdedah langsung.
Memang (˘_˘").






Yang lain semua ada saja bahagian yang terdedah. Kenapa ek? Adakah dorang memang tidak menitik beratkan hal 'aurat'? Adakah mereka tidak dididik tentang 'aurat'? Adakah dorang keluar rumah lupa nak tutup aurat?

Yang pakai tudung tu memanglah ramai. Tapi kenapa biar aurat lain terbuka?

Mungkin.....mungkinlah, dorang tak faham tentang syarat untuk menutup aurat kot.

Ok.  Untuk memenuhi syarat menutup aurat, pakaian seseorang wanita mestilah memenuhi syarat berikut:

1. Menutupi had aurat yang sudah ditetapkan.
Jumhur ulama bersepakat mengatakan aurat bagi wanita baligh ialah seluruh tubuhnya kecuali muka dan tapak tangan. Oleh itu, mereka wajib menutup aurat daripada dilihat oleh lelaki ajnabi (bukan mahram).

2. Pakaian yang longgar.
Tujuan utama wanita diwajibkan menutup aurat ialah untuk mengelakkan daripada lelaki ajnabi melihat tubuh badannya dan mengelakkan daripada berlakunya fitnah. Oleh itu, pakaian yang ketat walaupun tebal sudah pasti akan menampakkan bentuk tubuh badan. Wanita yang memakai pakaian ketat walaupun menutupi seluruh tubuh masih belum memenuhi tuntutan menutup aurat seperti dikehendaki syarak.

3. Pakaian yang tidak jarang.
Syarak menetapkan pakaian wanita mestilah tidak jarang sehingga menampakkan bentuk tubuh atau warna kulitnya. Aisyah meriwayatkan bahawa saudaranya, Asma, pernah masuk ke rumah Rasulullah SAW dengan berpakaian tipis sehingga nampak kulitnya. Rasulullah SAW berpaling dan mengatakan: “Hai Asma, sesungguhnya seorang perempuan bila sudah datang waktu haid, tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini sambil ia menunjuk muka dan kedua telapak tangannya.”
Teguran Rasulullah SAW terhadap Asma jelas menunjukkan bahawa pakaian yang jarang tidak memenuhi syarat menutup aurat bagi wanita baligh.

4. Bukan pakaian yang menarik perhatian (pakaian syuhrah).
Apa yang dimaksudkan pakaian untuk bermegah ialah pakaian yang berlainan daripada pakaian orang lain sama ada dari segi warna, fesyen atau potongan sehinggakan menarik perhatian orang lain serta menimbulkan rasa bongkak pada pemakainya.

5. Tidak menyerupai pakaian lelaki atau pakaian orang kafir.
Pakaian yang menutup tubuh badan tidak dikira sebagai memenuhi ciri pakaian Islam jika menyerupai pakaian orang kafir. Ia berdasarkan hadis Rasulullah SAW seperti diriwayatkan Ibn Abbas: “Rasulullah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki.”
Larangan menyerupai pakaian orang bukan Islam ini atas alasan ia boleh menjatuhkan martabat Islam dan penganutnya.

6. Tidak bertabarruj.
Tabarruj dalam bahasa mudah boleh diertikan sebagai bersolek. Ada juga yang mengatakan tabarruj ialah melepaskan tudung kepalanya tetapi tidak mengikat/mengetatka nnya, lalu terlihatlah rantai leher, anting-anting dan lehernya. Kesimpulannya tabarruj ialah memperlihatkan keelokan, kecantikannya yang sepatutnya wajib ditutup.

Gambar di bawah ni merujuk kepada cara pemakaian yang tidak memenuhi syarat menutup aurat.



So, moral of the story? Kalau korang jalan kat pasar malam dan tak tutup aurat, mestilah dosa! kekeke. Tutuplah aurat anda dengan sempurna agar tidak tergugat iman jejaka-jejaka handsome lagi macho. kbai. wslm~



Amalan di dunia penentu kehidupan akhirat


Umat Islam wajib percaya setiap perbuatan pasti dapat ganjaran sama ada dosa atau pahala

ALLAH SWT menyediakan dua penempatan kepada manusia iaitu penempatan sementara di dunia dan penempatan kekal di akhirat. Di penempatan pertama, Allah SWT mendatangkan kepada manusia pelbagai ujian kepada orang Islam dan bukan Islam, beriman atau sebaliknya.
Di penempatan akhirat, Allah SWT menjanjikan balasan kepada manusia sama ada syurga atau neraka, bergantung kepada nilai amalan manusia sepanjang hayat mereka di dunia yang dihitung menerusi timbangan antara pahala atau dosa.
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan cari pada apa yang dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat dan jangan kamu melupakan bahagianmu daripada (kenikmatan) duniawi dan berbuat baik (kepada orang lain) seperti Allah berbuat baik kepadamu dan jangan kamu berbuat kerosakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang berbuat kerosakan.” (Surah Al-Qasas, ayat 77).

Sesungguhnya keseimbangan Islam berkaitan dunia dan akhirat tidak boleh dilihat dengan nombor dan bilangan tetapi melihat keseimbangan ditetapkan Allah SWT. Dalam Islam tidak ada pemisahan antara dunia dan akhirat, bahkan kedua-duanya saling berkait antara satu sama lain.

Ajaran Islam tidak pernah memisahkan antara urusan dunia dan akhirat kerana semuanya akan dinilai di akhirat nanti. Justeru, manusia mesti melakukan urusan keduniaan yang menepati ajaran Islam untuk mendapat nikmat atau azab di akhirat.

Bagaimanapun, fitrah hati dan diri manusia cenderung melihat bukti atau dalil yang dapat mengukuhkan kepercayaan mereka terhadap perkara dijanjikan Allah SWT seperti bukti kewujudan pahala, dosa, syurga dan neraka serta semua perkara yang tidak dapat dilihat pada mata kasar. 
Sedangkan hakikatnya, persoalan dosa dan pahala serta syurga dan negara termasuk kiamat adalah termasuk dalam perkara ghaib, yang tidak wajar diperkatakan melainkan berpandukan nas dan dalil al-Quran dan Sunnah.

Walau bagaimanapun, sebagai Muslim yang beriman kepada Allah SWT, kita hendaklah melakukan amalan yang dapat mendekatkan diri kepada Allah dan menghindarkan setiap apa yang mendekatkan diri kepada neraka.

Orang beriman harus memahami konsep Islam ialah agama yang memperseimbangkan antara tuntutan hidup di dunia dan akhirat. Segala harta kurniaan Allah hendaklah diguna dan diuruskan kepada perkara kebaikan yang mendapat ganjaran di akhirat.

Kesejahteraan dan kebahagiaan hidup di akhirat tidak mungkin dapat dikecapi tanpa melakukan amalan baik ketika di dunia seperti menafkahkan harta pada jalan Allah, mengeluarkan zakat, bersedekah selain melaksanakan perintah wajib seperti solat lima waktu.

Keseimbangan dunia dan akhirat akan mewujudkan umat Islam yang sentiasa memberi manfaat pula kepada sekalian manusia. Justeru, umat Islam perlu sentiasa berwaspada agar tidak berlaku pengabaian antara kedua-dua tuntutan berkenaan dalam kehidupan seharian. 

Dalam apa juga aspek kehidupan, Islam mengingatkan kita mengenai dua kehidupan yang perlu diseimbangkan iaitu dunia dan akhirat. Malangnya, dalam keghairahan umat Islam mengejar impian hidup di dunia, ada masanya mereka tergelincir daripada landasan agama sehingga mengabaikan kepentingan akhirat

Pada masa sama, wujud pula kumpulan yang berpendirian mahu mengutamakan akhirat semata-mata sehingga meninggalkan kehidupan dunia.

Menyentuh perkara ini, pensyarah bebas, Harryanto Rizal Rokman menegaskan, perkara itu berlaku disebabkan manusia hanya dapat melihat atau nampak kehidupan serta keseronokan dunia tetapi tidak dapat melihat kehidupan akhirat kerana ia perkara ghaib.

“Bagaimanapun, amalan kita di dunia itu yang akan menentukan nasib kita di akhirat sama ada menuju ke syurga atau neraka. Akan tetapi disebabkan manusia tidak nampak akhirat, mereka tersilap untuk membezakan mana yang lebih penting adakah dunia atau akhirat,” katanya pada majlis Forum Hal Ehwal Islam bertajuk Dunia Diuji, Syurga Dinikmati anjuran bersama Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan The New Straits Times Press (NSTP) di Balai Berita, kelmarin.

Dalam bentuk sindiran, beliau menjelaskan, manusia mungkin akan berlumba-lumba mengerjakan amalan jika Allah SWT memberi keizinan kepada mereka untuk melihat jumlah amalan mereka seperti kita dapat memeriksa jumlah simpanan di dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

“Kalau pahala boleh diperiksa macam kita periksa duit KWSP, sudah tentu manusia akan gembira kerana dapat mengetahui jumlah amalan mereka. Walaupun simpanan itu belum boleh diambil, tetapi kita nampak. Dapat tengok berapa banyak jumlahnya pun akan menggembirakan walaupun tidak dapat lagi.

“Akan tetapi, pahala, dosa dan akhirat ini perkara yang tidak nampak kerana Allah hendak menguji manusia di dunia bagi menentukan kehidupan mereka di akhirat sama ada ke syurga atau neraka,” katanya.

Seorang lagi ahli panel forum, Abdul Halim Din menegaskan umat Islam perlu menyoal diri mereka dengan tiga soalan setiap hari selepas bangkit dari tidur iaitu siapa diri kita, untuk apa kita di dunia dan ke mana kita akan pergi selepas ini.

“Manusia perlu menjadikan Allah sebagai keutamaan dalam setiap aspek kehidupan, pengurusan dan pendapatan hartanya. Ia juga akan memastikan zakat dan sedekah dikeluarkan,” tegasnya.




Sumber: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Amalandiduniapenentukehidupanakhirat/Article/

KEUTAMAAN MENGINGAT KEMATIAN



Ada beberapa hadih Rasulullah s.a.w. yang menjelaskan keutamaan mengingat-ingat perihal kematian itu, di antaranya ialah:

  • Perintah memperbanyak mengingat kematian:
"Perbanyakkanlah mengingat-ingat sesuatu yang melenyapkan segala kelazatan (kematian)".
 Diriwayatkan oleh Tirmizi.

  • Mengingat kematian dapat melebur dosa dan berzuhud:
"Perbanyakkanlah mengingat kematian, sebab yang sedemikian itu akan menghapuskan dosa dan menyebabkan timbulnya kezuhudan di dunia".
Diriwayatkan oleh Ibnu Abiddunya.

  • Kematian sebagai enasihat pada diri sendiri:
"Cukuplah kematian itu sebagai penasihat".
Diriwayatkan oleh Thabani dan Baihaqi. 
 

  •  Orang yang cerdik ialah orang yang terbanyak mengingat kepada kematian:
"Secerdik-cerdik manusia yang terbanyak ingatannya kepada kematian serta yang terbanyak persiapannya untuk menghadapi kematian itu. Mereka itulah orang-orang yang benar-benar cerdik dan mereka akan pergi ke alam baka dengan membawa kemuliaan dunia serta kemuliaan akhirat".
Diriwayatkan oleh Ibnu Majah dan Ibnu Abiddunya.


 Abdullah bin Muhrif berkata:
     "Kematian itu dapat melenyapkan kenikmatan yang dirasakan oleh orang-orang ang diliputi oleh kenikmatan itu. Oleh sebab itu carilah kenikmatan yang tidak ada kematiannya yakni yang tidak ada habisnya.
      Ketahuilah bahawa seseorang yang sentiasa berkecimpung dalam kemewahan keduniaan, yang tenggelam kerana tertipu oleh keindahan serta yang amat mencintai kesyahwatan serta kesenangannya, pastilah terlupa hatinya dari mengingat-ingat kematian itu. Bahkan ia tidak ingat sama sekali bahawa pada suatu ketika ia juga akan mati. Jikalau dingatkan oleh orang lain pun, ia malahan membencinya dan lari dari nasihat yang baik tersebut. Golongan manusia yang macam inilah yang disebutkan oleh Allah Taala dalam firmanNya:
          "Katakanlah bahawa sesungguhnya kematian yang kamu semua melarikan diri daripadanya itu, pasti akan menemui kamu, kemudian kamu semua akan dikembalikan ke-Dzat yang Maha Mengetahui segala yang ghaib serta nyata. Selanjutnya Dia akan memberitahu padamu semua apa-apa yang kamu lakukan". 
S. Jumu'ah 8. 

      Selanjutnya seseorang yang mengingat kematian itu ada tiga macam keadaannya iaitu:
  • Orang yang terperosok dalam keduniaan. 
  • Orang yang bertaubat.
  • Orang yang menyedari terus-menerus.
               Adapun orang yang pertama yakni sudah terperosok ke lembah keduniaan, lazimnya jarang sekali dia mengingat-ingat kematian itu. Kalaupun dia mengingatinya pada suatu saat, maka tampak ialah bagaimana jika dia sudah meninggal dunia, tentu harta bendanya tidak akan dibawanya serta. Jadi dia bersedih hati betul untuk menemui kematian itu. Dia menyedihkan hartanya yang banyak, sebab bagaimanapun juga pasti akan ditinggalkan. Orang macam ini terus juga mencela kematian dan seolah-olah enggan untuk menghadapinya. Oleh sebab itu jikalau dia ingat kepada kematian, tidaklah akan mendekatkan diri pada Allah Taala melainkan makin jauh jua.

               Orang yang kedua ialah orang yang bertaubat. Dia memperbanyak ingatan akan kematian itu dengan tujuan agar dapat menimbulkan ketakutan dan ketaqwaan dalam kalbunya. Dengan begitu dapat pula menyempurnakan ketaubatan yang dilakukan.

               Mengenai orang ketiga yakni orang yang sedar dan mengetahui duduknya persoalan kematian itu, dia sentiasa ingat kematian dan dengan tabah akan mengadapi kedatangannya. Sebabnya ialah kerana dia sedar pula bahawa saat kematian itu adalah merupakan saat yang amat bahagia baginya. Dia dapat bertemu dengan kekasihnya. Ingatlah bahawa seseorang yang mencintai sesuatu pasti tidak akan terlalai sedikit pun masa pertemuannya dengan siapa yang dikasihnya itu. Kekasih satu-satunya agi orang yang sedemikian adalah Allah Subahanahu wa Taala.

Question: Which person are YOU?