Cerita ini saya re-post sebenarnya. Post asal daripada Cik Nuriffah Atikah Zainal. Saja nak share kat blog aku. haha. So here it goes...
Jam menunjukkan pukul 11 malam, lebih sikit.
Pintu bilik kami yang berada betul-betul di atas rumah MR.K dibuka oleh roomate ku yang baru pulang mengulangkaji dari library. Mengulangkaji la agaknya. Satu sikap ahli bilikku yang sungguh ku gemari adalah, setiap kali masuk bilik, pasti ada makanan yang dibawa pulang. Rezeki kami malam itu adalah bakso terkenal yang menjadi pilihan warga-warga KOLEJ MATRIKULASI KEDAH yang dibeli di Mini Santai. Tanpa menunggu untuk dipelawa, kami terus makan bersama-sama.
Ya percaya kata-kataku. Satu bakso, kami berempat. Cukup?. Memanglah tidak tetapi, ukhuwah itu kan ada.
*ok.kita smbg balek..
Sedang kami bergurau dan makan bersama-sama, tidak semena-mena, satu bunyi nyaring kedengaran.
LOCENG KECEMASAN.
Kami berpandangan sesama sendiri, dengan niat, pada mulanya malas ingin mengambil tahu. Mungkin ada litar yang terbakar di mana-mana dan itu cuma kesalahan teknikal.
Selepas beberapa saat, kami mula mendengar suasana riuh rendah di luar bilik, dan aku cuba melihat keluar.
Kelihatannya ini bukan kesalahan teknikal tetapi,
SATU LATIHAN KEBAKARAN. a.k.a FIREDRILL.
Dengan berat hati untuk meninggalkan bakso yang masih panas, kami turun ke dataran blok seperti yang diharapkan.
Jika dikira masa yang diambil untuk turun oleh penduduk Blok C pada waktu itu, alamatnya memang hagus la kalau itu kebakaran sebenar. Mujur tidak.
*Nama pun latihan, berani la ampa men2 kan..=)
Usai ketua blok dan Felo mengambil kehadiran, kami diarahkan berarak pada malam-malam buta itu ke dataran depan library. Waktu ketika itu mungkin hampir pukul 12 tengah malam.
Sudahlah disuruh berarak, disuruh duduk pula didataran tu. Nasiblah jadi budak matrik.
Dataran di hadapan library. |
Acara bakal dimulakan, seorang wakil dari Jabatan Bomba yang siap sedia menanti dari tadi mula tampil kehadapan untuk memberi kata-kata alu-aluan.
Dan di sini, kisah itu bermula....
Tuan Bomba itu mula memberi taklimat tentang itu dan ini.
Apa itu kebakaran?
Apa yang perlu dilakukan ketika kebakaran?
Bagaimana cara mengendalikan benda alah pemadam api tu?
*sedangkan bila kebakaran berlaku, aku pasti, semua orang cuma tahu cabut lari..kan?
ok.sambung lagi..
Perhatian ku juga tidak tertumpu pada Tuan Bomba malah, aku asyik berbual dengan roomate ku yang duduk di belakang. Keadaan itu menyebabakan aku berpaling membelakangkan pakcik bomba itu. Tiba-tiba, semua orang bersorak,
" wooo.."
Aku berpaling kehadapan, dan sebelum sempat bertanya apa-apa, pakcik bomba itu terlebih dahulu berkata,
" kenapa? kenapa? "
Soalan itu dijawab oleh seorang kenalan dihadapan ku yang berkata,
" ada tahi bintang tadi. area tu " sambil menunjuk ke arah belakang library. Ada timbul cemburu dalam hati ku kerana tidak nampak adegan tadi.
*jeles2..
Maka, aku meneruskan perbualan ku yang tergantung tadi dan pakcik bomba itu pun meneruskan taklimatnya yang tidak kunjung noktah jua. Tiba-tiba, sekali lagi,
" wooooooo.. "
Aku mencari lagi sumber bunyi itu, ternyata, ada satu lagi shooting star yang jatuh, kali ini, aku tidak pasti arahnya. Aku terlepas lagi. Dalam hati ku terdetik,
' xkan sampai 2 kali dalam satu malam.. ' tetapi, itu cuma dalam hati.
Keadaan berjalan seperti biasa, sampailah ada lagi beberapa sorakan kecil dibahagian belakang yang mengajuk bunyi-bunyi teruja ketika nampak shooting star tadi.
Merujuk kepada jejaka-jejaka nakal yang sengaja mengusik penghuni KMK.
Bosan dengan taklimat itu agaknya.
Ada juga bunyi-bunyi di belakang bahagian perempuan. Oleh kerana aku duduk agak hadapan, aku tidak dapat mengenal pasti siapakah yang durjana sungguh membuat bunyi-bunyi yang tidak menyenangkan di kala dihinari tu.
Jam mungkin lebih pukul 12 waktu itu.
Perlu aku kongsikan, ada seorang budak yang agak aneh duduk disebelah ku waktu itu.
*betul, xtipu..
Gambar hiasan dari google je :P |
Akhirnya, selesai sudah acara taklimat. Pada kiraan ku, sudah selesai la tetapi, tidak kerana taklimat itu tergendala sebenarnya. Ada sedikit kekecohan dibahagian belakang kumpulan pelajar perempuan.
Perhatian ku dan rakan-rakan yang lain semua tertumpu ke belakang tetapi tidak nampak apa-apa kerana gelap dan semua felo serta pegawai-pegawai bomba menutup pandangan kami.
Penasaran ku terjawab apabila, pegawai tadi kehadapan semula.
Mencapai mikrofon.
Dan berkata,
" ada siapa-siapa yang boleh azan kat sini? kami perlukan beberapa orang untuk azan. " begitulah lebih kurang dialog keramat yang aku tidak pernah lupa sampai sekarang.
Pengalaman 4 tahunku menjadi ahli Kadet Bomba di sekolah, tidak pernah sekalipun aktiviti Fire Drill memerlukan azan.
Aktiviti yang memerlukan azan dikala dinihari dan waktu riuh rendah seperti itu cuma satu,
Histeria.
Aku juga punya pengalaman dalam Histeria berjemaah ini. Hampir tiga kali aku terlibat secara langsung. Yang paling teruk, adalah yang pertama sekali, beratus orang pelajar perempuan kena. Yang menariknya, semua yang terbabit cuma pelajar beruniform putih. Aku, yang tergolong dalam golongan berbaju biru, tidak kena dan terpaksa menjadi hero bagi menyelamatkan raka-rakan ku yang lain. Ehem.
Kedua dan ketiga ketika aku mengikuti Perkhemahan Kadet Bomba. Tidak ramai yang kena waktu itu. Adalah dalam 20 orang.
*berbalik pada kmk..
Makanya, aku faham apa yang sedang berlaku.
This is not Fire Drill. This is Histeria.
For me, histeria, again.
For the third time.
Pelajar mula panik, terutama yang perempuan. Lelaki, kebanyakannya berlagak cool, dalam hati siapa tidak tahu. Cuma ada segelintir yang mungkin tidak tahu membezakan situasi serius dan boleh buat lawak, mereka masih lagi bermain-main dan mengajuk bunyi-bunyi jeritan mereka yang mula disampuk hantu dalam erti kata mudahnya.
Felo mengarahkan, pelajar lelaki balik ke bilik dan perempuan berkumpul di masjid yang tercinta.
Satu pandangan peribadi ku, bila histeria berlaku, jangan kumpulkan semua orang dalam tempat yang sama kecuali bagi mereka yang memang dah terkena.
Histeria semacam boleh berjangkit.
Mereka yang pada mulanya sihat wala'fiat boleh lemah semangat jika melihat orang lain yang kena.
Sebelum arahan tadi dikeluarkan, budak yang duduk disebelah ku itu mula bereaksi pelik. Dia berbisik kepada kawannya yang mana aku dapat menangkap,
" dia..marah..dia marah.. " tidak tahu siapa yang 'dia' maksudkan, aku menyuruh kawannya itu membawa budak itu ke masjid.
*kang dibiarkan, xpasal2 pulak kang..
Semua pelajar perempuan berpusu-pusu ke masjid. Masing-masing cuba menyelamatkan diri dan roomate masing-masing. Seperti juga rooamte ku, rasanya ingin putus tangan ku ditarik oleh mereka kerana melawan arus ombak pelajar-pelajar lain. Kebas ku rasa waktu itu.
Saat itu jugalah, aku melihat.
Apa yang aku tidak pernah lihat.
Ya, aku melihat dengan mata kepala ku.
Yang sampai sekarang aku tidak pernah lupa imej itu.
Apa yang mereka kata shooting star itu,
bukan sebenarnya.
Sebelum bergerak ke masjid, mata ku dengan jelas menangkap satu imej jelas.
Seperti bebola cahaya,
terang, warna putih biru,
merentas dataran,
terbang laju tetapi, agak rendah,
kira-kira searas dengan Blok A.
Apa yang dalam fikiran ku pada waktu itu, cuma satu.
ITU BUKAN TAHI BINTANG.
Aku yakin, ramai antara kita yang dapat melihat imej itu kan. Aku tidak pasti jika kita lihat benda yang sama.
Daripada sisi aku, itulah apa yang aku nampak.
Aku pernah lihat shooting star waktu aku form3 dulu. Rupanya saling tidak tumpah macam yang kita lihat dalam tv.
Turun seperti hujan dari langit, berwarna kuning emas dan yang pasti, tidak turun banyak kali dalam satu malam.
Aku seperti pause seketika dan kembali tersedar bila roomate ku menyedarkan dan mnarik aku ke masjid.
Di masjid, macam-macam adegan yang pernah dan tidak pernah ku lihat. Semuanya niat untuk menenangkan keadaan.
Diiringi bacaan Yaasin bagi mereka yang masih stabil, ada beberapa orang yang mula sihat dan ada juga yang makin teruk keadaannya.
Jam menunjukkan pukul 2 apabila kami, semua dibenarkan masuk ke bilik. Aku terpisah dengan roomate ku dek kerana cubaan ku yang tidak seberapa untuk menyelamatkan seorang rakanku yang rebah didepan mata.
*xkan nak buat dono, bila depa kena depan mata kita kan?..=)
Selesai membantu, atau sebenarnya aku menyerahkan kepada yang lebih pakar, aku bergerak pulang ke bilik.
Baru aku sedar, berbelas miss call dari roomate ku. Jam saat itu, menghampiri pukul 3 pagi.
*Maaf buat korang risau, aku berlagak hero tadi..hehe
Malam itu, kami, dan aku yakin ramai lagi yang mengangkat tilam dan tidur beramai-ramai dilantai bilik bertemankan alunan ayat Quran dari corong speaker blok masing-masing.
Bersama-sama.
Berkongsi tilam.
Berkongsi bantal dan selimut.
Dan,
Berkongsi ketakutan.=)
Selepas kejadian itu, hangatlah selama seminggu topik perbualan hanya tentang perkara itu.
Histeria.
Maka, dalam jangkamasa itu juga macam-macam orang, pawang, dukun, ustaz atau siapa-siapa yang berkaitan, datang ke matrik kita.
Macam-macam juga cerita dongeng yang dikaitkan.
Macam-macam fatwa timbul oleh mereka yang kononnya ada ilmu dalam bidang ini.
Paling tidak tahan, hujung minggu itu, hampir 80% pelajar balik ke rumah masing-masing.
Tidak kira la Kelantan ke, Terengganu ke, Selangor ke, Perak ke, Johor ke. Hatta, sabah dan Sarawak pun ada yang balik rumah. Sunyi sungguh KMK waktu itu.
*aku tidak balik ok..siap boleh keluar outing lagi.
Sampai pakcik kereta sapu tu kata,
" nak, cuti apa minggu ni? "
Aku cuma tersenyum dan kata,
" cuti peristiwa pakcik .. "
Banyak lagi kisah menarik tentang Hari Bersejarah itu. Tidak mampu ku kongsikan semuanya. Cuma mungkin semakin kita meningkat dewasa, semakin kita jauh daripada benda yang mungkin ada orang anggap mengarut ini.
Pendapat ku, terpulang pada diri sendiri, bagi aku yang beberapa kali ada pengalaman ini, aku percaya.
Cuma jangan obses, kita percaya, sebab kita tahu ada makhluk lain selain manusia di muka bumiNYA ini.
Sama-sama jaga kebajikan antara satu sama lain.
Antara berlakunya kejadian ini adalah kerana kita mengganggu mereka sebenarnya sama ada sedar atau tidak.
Kita tidak suka diganggu bukan?
Sama juga mereka.
Paling mudah, kita jangan ganggu mereka.
dan sudah pasti, mereka tidak ganggu kita..
*if diganggu juga, itu rezeki namanya..(^_^)..
Bagi mereka yang masih lagi ada perasaan tidak sedap tentang hal ini, atau masih lagi gerun dengan cerita-cerita seperti ini, nasihat ku,
kembali pada Yang Menciptakan kita dan mereka.
Allah Maha Pencipta.
Allah Maha Merancang.
Dan,
Allah Maha Mengetahui.
Segala sesuatu ada hikmahnya,
Amalan mudah yang boleh dilakukan untuk lindung diri adalah:
-al-Mathurat
-Manzil
-ayat-ayat Quran (cth, Ayat Kursi sudah semestinya. Ayat 21 sampai habis surah al-Hasyr, ayat ni memang power)
-al-Fatihah, penawar segalanya
-Bismillah, pun sudah mampu menghadapi apa sahaja.
p/s: sekadar perkongsian dari aku. syukran sudi baca sampai habis.
anyway, malam itu memang akan menjadi kenangan sampai bila-bila..
dari ati, nuriffah atikah zainal..
(^_^)V..peace with iman!
To see original post by Nur Iffah Zainal, click here.